Home Ekonomi RON97 naik lagi dua sen

RON97 naik lagi dua sen

Ganbar hiasan

KUALA LUMPUR- Harga petrol tidak bersubsidi, RON97 dinaikkan sebanyak dua sen seliter kepada RM2.63 seliter bagi tempoh 30 Mac sehingga 5 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya mengumumkan, harga bahan api bersubsidi RON95 dan diesel masing-masing dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 30 Mac 2019 sehingga 5 April 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter masing-masing,” katanya.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua bahan api itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.- MalaysiaGazette