Home Nasional SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Rantau

SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Rantau

SPRM

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

SPRM dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, bilik gerakan yang beroperasi 24 jam sehari itu akan ditempatkan di SPRM Negeri Sembilan, Peti Surat 600, Jalan Dato’ Kelana Ma’mor, 70700 Seremban.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat dan aduan melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 06-7639008 atau 013-5180873 dan faks 06-7616897.

“SPRM juga ingin mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihanraya selaras dengan Akta SPRM2009 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2012).- MalaysiaGazette