Home Nasional Kami tak kenal siapa Streram – pengundi

Kami tak kenal siapa Streram – pengundi

Dari kiri calon Bebas, Mohd Noor Yassin, Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, calon Bebas, R. Malar dan Dr. S Streram bergambar pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2019.

PRK RANTAU – Rata-rata pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau didapati tidak mengenali calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram.

Hasil tinjauan Malaysia Gazette di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rantau mendapati pengundi di sini tertanya-tanya dari mana datangnya Streram dan mereka nyata tidak mengenali beliau.

MGF31032019_TINJAUAN PRK RANTAU_05
Temubual bersama penduduk, G. Seker semasa tinjauan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 31 MAC 2019

Bagi G. Seker, 57, beliau lebih mengenali susuk tubuh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kerana beliau banyak menabur jasa ketika menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Saya akan sokong dia. Dia ada buat banyak perkara di Rantau, sebab itu dia mampu pegang 14 tahun sebagai MB,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette hari ini.

Tambah Seker, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai Streram dan hanya mengetahui bahawa beliau adalah orang luar Rantau.

“Saya tidak kenal dialah. Dia pun bukan orang sini. Tiada maklumat langsung pasal dia,” katanya lagi.

MGF31032019_TINJAUAN PRK RANTAU_02
Temubual bersama penduduk, Sia Soon Sang semasa tinjauan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 31 MAC 2019

Malah bagi seorang peniaga di Pekan Rantau, Sia Soon Sang, Mohamad mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Rantau mengenangkan kelebihan penduduk tempatan berbanding Streram.

“Kedua-duanya ada orang akan sokong. Bagi Tok Mad dia orang tempatan dan bagi calon PH kita tak kenal,” katanya.

MGF31032019_TINJAUAN PRK RANTAU_04
Temubual bersama penduduk, P. Shanmugan semasa tinjauan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 31 MAC 2019

Seorang lagi pengundi di PDM Rantau P. Shanmugan berkata beliau optimis Mohamad akan mengekalkan kedudukan di Rantau.

“BN boleh menang sebab Tok Mad kerja sangat bagus. Dia banyak bagi tanah kepada rakyat Rantau.

MGF31032019_TINJAUAN PRK RANTAU_07
Temubual bersama penduduk, Cheng Lee Sha semasa tinjauan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 31 MAC 2019

Bagi Cheng Lee Sha, 55, Mohamad sememangnya menjadi pilihan beliau berbanding Streram.

Hujahnya, pengundi di sini lebih selesa memilih Mohamad untuk menjadi wakil rakyat mereka berbanding orang luar.

“PRK ini nampaknya peluang untuk kedua-dua calon menang 50-50. Tok Mad kat sini dia amat bagus. Dia banyak jaga Rantau sejak jadi wakil rakyat. Kami semua suka sama dia,” katanya.

Untuk rekod, PDM Rantau adalah salah satu daripada 14 pusat daerah mengundi yang berada di DUN Rantau.

PDM ini adalah kubu kuat PH kerana pada pada Pilihan Raya Umum ke 14, Khairy Jamaluddin kalah ditangan calon PH, Roseli Abdul Gani dengan 336 undi. -MalaysiaGazette