
KUALA LUMPUR – Filem One Two Jaga bukan sahaja terpilih sebagai filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia 30 (FFM 30) malam tadi.
Filem yang sama juga melahirkan pengarah terbaik iaitu Namron dan pelakon lelaki terbaik, Rosdeen Suboh.
Ia juga memenangi kategori Cerita Asal Terbaik, Poster Terbaik dan lakon layar terbaik dalam FFM30 malam tadi.
Bagi pelakon wanita terbaik pula dinobatkan kepada Datin Seri Umie Aida dalam filem Dukun.

Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM30:
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2).

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta).
Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang).

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei).

Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil).

Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang).

Anugerah Khas Juri 1: Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 2: Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 3: Busker (Astro Shaw Sdn Bhd)
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Seniman AR Badul
Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan
Filem Box Office: Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) dengan kutipan RM37,797,423.00
Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)
Kostum & Busana Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun)
Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)
Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)
Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)
Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)
Skor Muzik Asal Terbaik: Nick Davis (Two Sisters)
Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa, Monoloque (Busker). – MalaysiaGazette