Home Utama Misteri ‘kehilangan’ Acap belum selesai

Misteri ‘kehilangan’ Acap belum selesai

Acap berbaju hijau.

KUALA LUMPUR – ‘Kehilangan’ peserta Gopeng Ultra Trail di Bukit Batu Puteh, Perak, Mohamad Ashraf Hassan sejak lebih seminggu lalu masih menjadi misteri.

Sehingga hari ini, Mohammad Ashraf, 29, yang lebih dikenali sebagai Acap itu masih belum ditemui sejak hilang pada 23 Mac lalu.

Hari ini masuk hari kesembilan Acap masih belum ditemui.

Walaupun usaha mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar melibatkan pelbagai agensi berkuasa dihentikan namun ia masih diteruskan oleh pasukan polis tempatan, keluarga dan kenalannya.

Pelbagai elemen telah dibentuk dan terlibat sepanjang operasi dijalankan melibatkan keluasan kawasan pencarian 35 kilometer (km) persegi berbanding sembilan km persegi di kawasan laluan di Bukit Rateh dan Bukit Batu Putih telah dilakukan.

Namun semua usaha itu menemui jalan buntu.

Insiden Acap turut mendapat simpati netizen lebih-lebih lagi melihat ibu mangsa memangiil-manggil nama anaknya di dalam hutan.

Difahamkam, ibunya turut mendaki sampai ke pucak bukit bagi mencari anaknya.

Esok, masuk hari kesepuluh kehilangan Mohamad Ashraf atau dikenali sebagai Acap. Pada malam ini usaha pencarian yang disertai oleh ahli keluarga mangsa masih dijalankan. Menerusi video yang dimuat naik oleh abang kandung mangsa sebentar tadi, sayu hati kami apabila mendengar rintihan seorang ibu yang mengharapkan kepulangan anaknya.‘Jalan ke sini Acap, sikit lagi Acap,’ demikian kata-kata ibunya. Moga dengan kuasa Allah, Acap dapat menemui jalan pulang walau di mana dia berada. Ayuh Malaysia kita berdoa.Kredit Siakap Keli dan Denny Lang

Posted by SINAR on Ahad, 31 Mac 2019

Selain itu, ikhtiar rakan dan orang awam termasuk bukan Melayu, ahli-ahli mewakili unit amal parti politik masih diteruskan setakat ini.

Selain itu, usaha mencari Acap oleh beberapa pihak yang melakukan solat hajat juga dilakukan sejak seminggu lepas.-MalaysiaGazette