Home Nasional Mengapa kita perlu hormati hak Najib dapatkan perbicaraan yang adil – Ramkarpal

Mengapa kita perlu hormati hak Najib dapatkan perbicaraan yang adil – Ramkarpal

Ramkarpal Singh
Ramkarpal Singh

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbicaraan beliau disiarkan secara langsung esok, begitu juga dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib berpendapat rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran berhubung kes yang membaitkan beliau.

Bagi Pengerusi Biro Perundangan Nasional DAP, Ramkarpal Singh, Najib mahu perbicaraan disiarkan secara langsung kerana ingin kebenaran diberitahu manakala Anwar pula berpendapat ia akan membolehkan orang ramai ‘tahu bagaimana Najib mencuri’

“Saya juga mahu mengeluarkan popcorn dan menikmati pertunjukan ini. Siapa yang tidak mahu?” katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam kenyataan hari ini.

Pada 28 Mabc lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 April ini untuk perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta yang dihadapi bekas Presiden UMNO tersebut.

Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib menangguhkan perbicaraan kes itu.

Dalam kenyataan itu, Ramkarpal mempersoalkan apa akan berlaku jika semasa perbicaraan, ulasan yang dilakukan mungkin dapat mempengaruhi hakim.

“Bagaimana jika hakim mengambilkira pandangan troll berkenaan Najib?

“Bagaimana jika dia mengambil kira pandangan troll anti Najib? Berikutan itu Najib berpeluang untuk berdebat bahawa dia tidak mendapat perbicaraan yang adil,” ujarnya.

Dakwa Ramkarpal, sebenarnya ia merupakan faktor mengapa  Najib mahukan perbicaraannya disiarkan secara langsung.

Menurut beliau, perbicaraan tersebut tidak sepatutnya disiarkan secara langsung, sebaliknya biarkanlah undang-undang ditegakkan seperti mana ia sentiasa dilakukan dengan hakim  tidak dipengaruhi mana-mana pihak di belakang pintu tertutup. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. DSN has the right to be heard. What ever the outcome is subjective. We can’t simply condemn a person just because he was accused of to suit a political agenda. A person is innocent until proven guilty. Malaysian should do the right thing. The truth will always prevail.

Comments are closed.