Home Ekonomi Paddy Abd Halim KP Kastam baharu

Paddy Abd Halim KP Kastam baharu

Paddy Abd Halim

KUALA LUMPUR – Datuk Paddy Abd Halim dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baharu berkuatkuasa semalam.

Beliau menggantikan Datuk Seri Subromaniam Tholasy yang telah menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 9 Mac lalu.

Paddy memulakan kerjaya sebagai Penguasa Kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri Perak pada tahun 1983.

Beliau juga pernah bertugas di beberapa cawangan dan bahagian di JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan di ibu pejabat sebelum dilantik memegang jawatan sebagai Pengarah, Bahagian Pengurusan Pematuhan pada tahun 2011.

Pada 15 Julai 2016, beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred Utama B, sebagai Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) dan seterusnya pada 1 Julai 2017, beliau telah diberi tanggungjawab menggalas jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST).

Lim Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan merakamkan setinggi penghargaan kepada Subromaniam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang sebagai Ketua Pengarah Kastam terutamanya dalam memimpin JKDM ke arah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan dengan jayanya. – MalaysiaGazette