Home Makan Apa Tu? Udang kara D’Johan Delicacies pukau selera

Udang kara D’Johan Delicacies pukau selera

Lobster masak Wet Butter Salted antara juadah makanan yang terdapat di Restoran D'Johan Delecacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

KAJANG – Menyuntik selera dengan menikmati hidangan makan malam bersama hidangan udang kara masak mentega telur masin mungkin dianggap mewah.

Namun ia adalah sesuatu yang perlu dicuba kerana ia sangat menyelerakan dan cukup enak untuk dirasai.

Tidak salah untuk menghargai diri sendiri sekali sekala bersama orang tersayang dengan memilih hidangan lazat bersama sepinggan nasi dan makanan lain seperti sup, salad dan ikan.

MGF18032019_FOOD REVIEW DJOHAN64
Gear Box Lembu tempatan antara menu makanan yang boleh didapati di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 18 MAC 2019.

Isi udang kara yang dioles dengan kuah mentega telur masin pasti membuatkan sesiapa sahaja melihatnya kecur dan tidak mampu berhenti dari terus mengunyah keenakan isi udang bersaiz besar itu.

Pilihan pelanggan semestinya di Restoran D’johan Delicacies yang terletak di Sungai Kantan, Kajang.

Paling penting setiap pelanggan mampu menikmatinya kerana ia dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Dimasak oleh dua cef berpengalaman, Al Syafiq Balbueno dan Rozaelly Asmat, para pelanggan sudah pasti akan berpuas hati dan tidak mampu melupakan pengalaman indah makan malam bersama hidangan enak tersebut .

MGF18032019_FOOD REVIEW DJOHAN58
Ketam Nipah With Chili Garlic Sauce antara menu makanan yang boleh didapati di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 18 MAC 2019.

Selain dimasak mentega telur masin, udang kara juga mendapat permintaan tinggi untuk masakan cili bawang putih kerana keenakan rasa manis dan pedas.

Menurut Al Syafiq dan juga Rozaelly, udang kara mesti dimasak sempurna kerana jika dimasak terlalu lama isinya akan menjadi sedikit keras walaupun tidak menjejaskan keenakannya namun penggemar  makanan laut tahu membezakannya.

Dijual pada harga antara RM150 sehingga RM180 mengikut saiz, pelanggan digalakkan menempah awal untuk memudahkan mereka memilih saiz dan masakan yang diingini.

Meskipun ada yang beranggapan memakan udang kara tidak mengenyangkan jika hendak dibandingkan dengan harganya, mereka sepatutnya menitikberatkan cara masakkan udang tersebut kerana keenakannya bukan bergantung kepada isi udang semata-mata.

“Kuah mentega telur masin ini boleh dimakan bersama roti mantow goreng yang teksturnya rangup di luar tetapi lembut di dalam. Ia satu pengalaman yang harus dilalui oleh para pelanggan kami,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Antara menu-menu makanan yang boleh didapati di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 18 MAC 2019.

Sementara itu, pemilik restoran D’Johan Delicacies, Datuk Johan Wan Khairil Adli berkata, selain udang kara, ketam nipah masak cili bawang putih menjadi pilihan utama pelanggan kerana rasa isi ketamnya yang padat dan manis.

“Pelanggan boleh memilih saiz ketam yang terdapat dalam akuarium di restoran ini dan faktor harga tidak menjadi halangan kerana mereka boleh memilih saiz ketam nipah yang diingini, ” katanya.

Beliau berkata, udang kara spesies Boston diperoleh dari pembekal di Singapura kerana isinya lebih padat dan kesegarannya terpelihara meskipun dibeli secara sejuk beku.

Pemilik, Datuk Johan Datuk Wan Khairil Adli (dua kiri) dan Datin Nirvana Jalil Ghani (dua kanan) bersama kakitangan restoran menunjukkan antara menu yang terdapat di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto foto NOOREEZA HASHIM, 18 MAC 2019.

Menurutnya, bekalan makanan laut seperti ikan kerapu bara, kerapu tikus, siput tarik, bamboo lala dan udang laut akan dibawa terus dari Sabah setiap minggu untuk memastikan pelanggan disajikan dengan lauk-lauk segar.

MGF18032019_FOOD REVIEW DJOHAN80
Siput Tarik Serai antara menu makanan yang boleh didapati di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 18 MAC 2019.

Rata-rata pelanggan yang tidak henti kunjung restoran yang berkonsepkan santai itu menyatakan rasa puas hati bukan sahaja dengan kualiti makanan serta keenakan rasanya tetapi juga dengan harga berpatutan.

Jelas pemilik bersama, Datin Nirvana Jalil Ghani, bukan sahaja objektif utama membawa masakan Sabah khasnya makanan laut ke Semenanjung sebaliknya komited dalam memastikan semua mampu makan seperti itu dengan harga yang berpatutan.

MGF18032019_FOOD REVIEW DJOHAN55
Lala Hamaguri With Dry Chili Sauce antara menu makanan yang boleh didapati di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 18 MAC 2019.

“Kita mahu semua tidak kira latarbelakang atau kemampuan untuk datang ke restoran kami, dan memang benar kita mempunyai semua lapisan yang mengunjungi bukan sekali sebaliknya berkali-kali.

“Kepuasan pelanggan memang menjadi keutamaan kami, terutamanya kepada penggemar makanan laut segar dari Sabah namun ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan seperti udang kara, ketam, ikan-ikan seperti kerapu tikus, kerapu bara, kerapu biasa, ikan merah, jenahak, siakap, ikan putih dan kod merah laut dalam.

Walaupun turut menyediakan masakan ala Barat seperti chicken chop, spageti serta makanan lain namun pengunjung selalunya lebih gemar memilih makanan laut kerana restoran D’Johan Delicacies memang dikenali dengan hidangan laut segar.

Ikan Stim With Tausi Sauce antara menu makanan yang boleh didapati di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 18 MAC 2019.

Pelanggan juga digalakkan membuat tempahan lebih awal supaya mereka tidak perlu menunggu lama terutamanya pada waktu cuti umum atau musim perayaan apabila biasanya pelanggan datang serentak pada satu-satu masa.

Selain daripada itu, Malaysia Gazette turut diberitahu, restoran itu mendapat permintaan tinggi ialah tomyam kelapa bersama makanan laut, kari kepala ikan, sup ketam, udang butter, sotong wet butter dan sambal ‘chilli garlic’.

MGF18032019_FOOD REVIEW DJOHAN67
Kari Kepala Ikan Jenahak antara menu makanan yang boleh didapati di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 18 MAC 2019.

Meskipun ada ketikanya mereka terpaksa memasak dalam tekanan kerana pelanggan datang serentak dalam satu-satu masa, mereka tetap berusaha menyiapkannya secepat mungkin agar setiap pelanggan berpuas hati.

Nama : Restoran D’johan Delicacies (Boleh Waze)
Alamat : PT 48310, Jalan Impian Jaya, Persiaran Saujana Impian, Sungai Kantan, 43000 Kajang, Selangor. (Depan Masjid)
Waktu operasi : 5 petang – 12 tengah malam (tutup setiap hari Selasa) – MalaysiaGazette

MGF18032019_FOOD REVIEW DJOHAN81
Pemilik, Datuk Johan Datuk Wan Khairil Adli (lima kiri) dan Datin Nirvana Jalil Ghani (empat kanan) bersama kakitangan restoran ketika ditemuramah di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto foto NOOREEZA HASHIM, 18 MAC 2019.