KUALA LUMPUR – Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengikuti prosiding bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bermula hari ini.
Perbicaraan hari ini membabitkan kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.
Wanita warga Britain itu tiba sekitar 2.10 petang, kelihatan tersenyum dan ramah menegur pengamal media.
Kata Claire, beliau hanya hadir sebagai media dan mahu merasai bagaimana perbicaraan ini dijalankan serta melakukan tanggungjawabnya sebagai wartawan yang membuat laporan tentang kes ini.
“Saya datang kerana mahukan pengalaman berada dalam mahkamah serta mengikuti perbicaraan serta lakukan tanggungjawab saya sebagai media. Itu sahaja,” katanya.
Ketika di tanya apakah perasaan beliau ketika laman portalnya di sekat ketika zaman pemerintahan Najib suatu ketika dulu, beliau hanya geleng kepala serta tersenyum.
“Tidak ada apa-apa peribadi di sini, saya hanya hadir kerana mahu lihat keadilan dapat ditegakkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette