Home Nasional Isteri mendiang MP Sandakan tolak ucapan takziah Gobind?

Isteri mendiang MP Sandakan tolak ucapan takziah Gobind?

Gobind Singh

KUALA LUMPUR – Kenapa isteri mendiang Ahli Parlimen Sandakan dilihat seperti menolak ucapan takziah pemimpin atasan DAP?

Itu dapat dilihat pada video tular di media sosial apabila hasrat Gobind Singh Deo mendapat reaksi tidak senang isteri kepada mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Datin Florence Chong memberikan reaksi itu terhadap Menteri Komunikasi dan Multimedia dilihat keterlaluan sebelum ditenangkan oleh Lim Guan Eng.

Menteri Kewangan itu nampaknya cuba mententeramkan keadaan dengan memujuk Florence yang sebak dan menangis.

Video itu menimbulkan tandatanya kepada warganet dan orang ramai apa sebenarnya berlaku.

Insiden itu dipercayai berlaku semasa Majlis Penghormatan Terakhir mendiang di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua di Sandakan beberapa hari lalu.- MalaysiaGazette