Home Nasional Perbicaraan kes Najib disambung semula pada 15 April hingga 10 Mei

Perbicaraan kes Najib disambung semula pada 15 April hingga 10 Mei

Najib Razak
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk bicara kes berhubung dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan 15 April sehingga 10 Mei bagi menyambung perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Saksi pertama, Muhamad Akmaludin Abdulah telah selesai memberikan keterangan sebentar tadi disusuli kedua-dua pihak memberikan cadangan tarikh-tarikh untuk perbicaraan seterusnya.

Terdahulu Peguambela, Tan Sri Shafee Abdullah beberapa kali bangkit melahirkan rasa tidak puas hati dengan cadangan yang diberikan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas.

Malah Shafee juga menuduh Tommy tidak langsung memberikan pertimbangan kerana pihaknya mempunyai kes-kes lain yang juga penting dan memerlukan perhatian khusus.

Pada prosiding hari ini Najib kekal dengan pengakuan tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan yang dibacakan kepadanya serta mohon dibicarakan.

Difahamkan, terdapat 63 saksi disenaraikanb bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan bersabit tujuh tuduhan terhadap Najib dalam kes yang bermula pada pukul 2.15 petang tadi. -MalaysiaGazette

+ posts