Home Nasional Saksi pertama kes Najib dedah 3 nama syarikat

Saksi pertama kes Najib dedah 3 nama syarikat

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk bicara kes berhubung dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2019

KUALA LUMPUR- Saksi pertama prosiding kes Datuk Seri Najib Razak dalam keterangannya hari ini memaklumkan menerima arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat carian rekod berkaitan tiga syarikat.

Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhamad Akmaludin Abdullah dalam keterangannya berkata, ketiga-tiga syarikat itu adalah SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

Akmaludin juga mengesahkan SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. berdaftar dengan SSM.

Ketiga-tiga syarikat tersebut menjalankan jenis perniagaan berhad dengan diterajui sekurang-kurangnya dua individu sebagai pengarah. -MalaysiaGazette