SEREMBAN – “Ini pencapaian Bossku Ke? Jawab..Najib sila jawab,”.
Itu reaksi calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini giat berkempen untuk Datuk Seri Mohamad Hasan dengan bertemu pengundi Dewan Undangan Negeri Rantau.
Semalam Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pengundi Rantau perlu menyokong Mohamad memandangkan rekod pencapaian perkhidmatan selama 14 tahun membuktikan beliau lebih baik daripada Streram.
Sebagai tindak balas kepada kenyataan Najib yang kini popular jolokan BossKu, Streram mempersoalkan pencapaian Mohamad sepanjang tiga penggal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Saya sendiri tak tahu siapa itu BossKu. Kita bangkitkan beberapa isu yang kita tahu, BN tidak buat apa-apa (pemerintahan lama).
“Pengangkutan tidak ada, Klinik Kesihatan tidak ada (tidak lengkap), begitu juga dengan Balai Bomba dan hospital pun belum dibuka lagi.
“Inikah pencapaian Bossku kah? Jawab, panggil Najib jawablah!,” katanya selepas berkunjung ke premis Persatuan Man Nam Kong Soh di Jalan Besar Rantau hari ini.- MalaysiaGazette