Home Ekonomi KWSP kreditkan bayaran insentif i-Suri

KWSP kreditkan bayaran insentif i-Suri

KWSP
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan bayaran insentif yang diluluskan oleh kerajaan berjumlah RM9.51 juta ke dalam akaun ahli Caruman Sukarela i-Suri untuk 2018.

Jumlah tersebut merujuk kepada insentif RM40 sebulan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli i-Suri yang mana seramai 49,857 telah membuat caruman minimum bulanan sebanyak RM5.

KWSP dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, ahli i-Suri boleh menyemak akaun mereka secara dalam talian, melalui kios KWSP atau di mana-mana cawangan KWSP seluruh negara bermula hari ini.

“KWSP menggalakkan lebih ramai isteri kepada ketua isi rumah atau ketua isi rumah wanita yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), untuk menyertai i-Suri.

“Ahli hanya perlu membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan,” katanya.

Ujar KWSP, sebagai tambahan kepada insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan, individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat yang sama sebagaimana ahli KWSP.

Manfaat tersebut termasuk dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, Pengeluaran Simpanan KWSP, Bantuan Hilang Upaya dan Bantuan Kematian. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: