Home Dunia Mangsa culik warga Malaysia ditembak ketika cuba lari dari militan Abu Sayyaf

Mangsa culik warga Malaysia ditembak ketika cuba lari dari militan Abu Sayyaf

Mangsa culik warga Malaysia, Jari Abdullah dipercayai cedera ditembak kumpulan militan Abu Sayyaf semasa operasi yang dilakukan pihak berkuasa Filipina di selatan Kepulauan Sulu, Filipina. foto: Ihsan Tentera Filipina.

CAGAYAN DE ORO, Filipna – Seorang manca penculikan ditembak petang semalam ketika beliau cuba melarikan diri daripada penculiknya, kumpulan Abu Sayyaf yang sedang bertempur dengan tentera marin Filipina.

Jurucakap pemerintah tentera Mindanao Barat, Leftenan Kolonel Gerry Besana berkata, Jari Abdullah, 34, berada dalam keadaan kritikal apabila dia ditemui Batalion Marin pada pukul 4.25 petang.

Beliau berkata, pasukan tentera marin itu bertempur dengan militan Abu Sayyaf yang diketuai Najir Arik selama 15 minit di Pulau Simusa, Sulu, lapor Minda News.

“Mangsa culik cuba melepaskan diri daripada penculiknya semasa pertempuran berlaku tetapi dia ditembak Abu Sayyaf,” kata Besama.

Besama berkata, pasukan Marin menjumpai Jari 10 meter dari laluan yang digunakan kumpulan militan itu untuk mengudur selepas pertempuran itu.

Beliau berkata, Jari diterbangkan ke Hospital Kuta Heneral Teodulfo Bautista di Jolo dengan sebuah helikopter pada pukul 7 malam untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa kelihatan berada dalam keadaan sangat kritikal,” kata Besama.

Kumpulan Abu Sayyaf menculik Jari dan dua nelayan Sabah yang dikenali Hari Ardiansya, 19 dan Hariadin, 45 pada 6 Disember 2018.

Polis Malaysia berkata, penculik itu telah membawa mereka ke Sulu.

Ardiansya dan Hariadin masih ditawan kumpulan Abu Sayyaf. – Agensi