Home Seni Hidup MEDIU bantu masyarakat Rohingya

MEDIU bantu masyarakat Rohingya

MEDIU menganjurkan Program Prihatin Ummah di penempatan Muhajirin Rohingya di Cox's Bazaar, Bangladesh baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan Program Prihatin Ummah bersama masyarakat antarabangsa di penempatan Muhajirin Rohingya yang terletak di Cox’s Bazaar, Bangladesh baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan membina rumah untuk penempatan, mewujudkan sumber air, pembangunan sekolah untuk anak-anak Rohingya dan bantuan makanan di pusat-pusat pengajian

Dikendalikan oleh MEDIU Community Service Program,  terdiri daripada mahasiswa dari negara Bangladesh yang diketuai oleh Sayed Mohammad Ferdaus yang sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Pengurusan Perniagaan.

e284d2b4-405f-408b-be62-a3dbfb2a49a8
MEDIU turut menyampaikan bantuan makanan kepada kanak-kanak dari kalangan Muhajirin Rohingya.

Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen berharap sumbangan yang sedikit demi dapat melahirkan rasa kebersamaan ketika susah dan senang bersama masyarakat sedunia.

“Mahasiswa MEDIU dari Bangladesh yang pulang  bercuti di kampung halaman telah diberi amanah melaksanakan program kemasyarakatan bagi membantu Muhajirin Rohingya di Cox’s Bazaar, Bangladesh.

“Modal dan perbelanjaan program ini berjaya dikumpul di mana sebahagiaannya hasil dari sumbangan beberapa syarikat di Malaysia.

42c5c1f1-bbd4-47f9-996e-067c944c190d
Pembinaan mewujudkan sumber air di kawasan penempatan.

“Semoga Allah SWT melebar luaskan keterbukaan pintu rezeki kami agar boleh kami menyumbang lebih banyak lagi pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismawi menambah, mahasiswa MEDIU turut menyampaikan makanan dan bantuan kepada kanak-kanak dari kalangan Muhajirin Rohingya.

“Walaupun sedikit tetapi kami berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik sehingga kami dapat merasakan kenikmatan Allah SWT secara bersama,” katanya. – MalaysiaGazette