TERCARI-CARI hidangan salai yang sedap dan autentik?
Krew Makan Apa Tu? kali ini mengajak semua pembaca bukanke Kuala Pilah atau sekitar Negeri Sembilan tetapi hanya di Seri Kembangan untuk merasai keenakan masakan Negeri Sembilan.
Siapa sangka di sebalik kesibukan bandar Seri Kembangan, ada juga restoran yang menjanjikan keenakan masakan Negeri Sembilan yang asli dan sememangnya sedap.
Bukan sedap mata memandang, tapi sedap sehingga menjilat jari, guys.
Dari masak lemak cili padi ayam, daging, itik dan telur itik semuanya menggamit selera pemburu hidangan salai.
Hanya 30 minit memandu daripada ibu negara, Sey Salai, menjanjikan citarasa kampung tradisi Negeri Sembilan dengan kaedah salai tradisional.
Bagi dua pemilik kedai ini, menu killer diorang – itik dan daging salai masak lemak.
Atas permintaan yang memang giler power, Fadhli Ayob, 30, dan Saifudin Ghazali, 27, turut menambah beberapa lagi menu tambahan agar memenuhi citarasa pelanggan khususnya kanak-kanak.
“Pelanggan nak menu tambahan jadi kami masukkan puyuh, telur itik, keli salai dan asam pedas.
“Paling pedas kalau nak rasa, keli salai masak lemak. Setiap lauk ada tahap pedas masing-masing. Macam untuk budak kecik kami bagi telur itik dan ayam, dia kurang pedas berbanding daging dan itik salai,” kata Fadhli.
Nak lebih menyengat, krew Makan Apa Tu? syorkan korang semua menu Nasi Goreng Daging Salai.
Penulis yakin menu ni pastinya mencabar ketahanan pedas korang.
“Paling rare yang tidak ada kat tempat lain, menu Nasi Goreng Daging Salai, dari jam 3 sampai 7 malam. paling menyengat pedas dia.
“Sapa yang tahan pedas paling power, try Nasi Goreng Daging Salai kitaorg, we dare you,” kata Saifudin Ghazali.
Bagi penulis, tahap kepedasan yang ditawarkan cukup membuatkan lidah pelanggan ‘terbakar’ seketika dek kesedapan menu salai kat sini, memang layan kata dak-dak WeChat.
Untuk review kali ini, skuad Makan Apa Tu? of course nak bagi empat bintang setengah dari segi rasa, kualiti, harga dan suasana kedai. Hebatkan!
Apa pun, citarasa Negeri Sembilan sememangnya tidak pernah menghampakan penulis.
Yang pasti, haruman bau salai masih melekat pada jari pasti membuatkan korang semua sedia untuk pusingan kedua.
Jadi jangan lupa, ikuti program terbaharu MGTV, Makan Apa Tu? Eksklusif di Malaysia Gazette. -MakanApaTu?- MalaysiaGazette
VIDEO BERKAITAN: