CHRISTCHURCH – Lelaki yang didakwa membunuh 50 orang jemaah di dua masjid di sini, diarahkan menjalani ujian kesihatan mental.
Warga Australia, Brenton Tarrant, 28, akan diperiksa oleh pakar untuk mengenal pasti sama ada dia layak untuk dibicarakan atau siuman, kata Hakim Mahkamah Tinggi, Cameron Mander.
Tarrant muncul di ruang mahkamah yang dipenuhi dengan keluarga beberapa mangsa.
Suspek kes itu menghadapi 50 pertuduhan pembunuhan dan 39 dakwaan percubaan membunuh.
Dia tidak perlu memohon maaf.
Kes tersebut adalah serangan tembak besar-besaran paling dahsyat yang pernah berlaku di New Zealand.
Suspek mendengar dengan penuh perhatian semasa pendengaran pada sidang pendek mahkamah.
Malah, beliau tidak membuat sebarang kenyataan. – MalaysiaGazette