Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap tidak ada sebarang cabaran yang perlu dihadapinya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Menurut calon Barisan Nasional (BN) itu, beliau boleh dikatakan bersih daripada apa-apa isu yang boleh menggugat misi mempertahankan kerusinya di Rantau.