Home Nasional Jangan salahkan Raja-Raja – Zaid Ibrahim

Jangan salahkan Raja-Raja – Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Jangan salahkan Raja-Raja atau musuh politik sebagai alasan untuk Malaysia menarik semula ICERD dan ratifikasi Statut Rom seperti yang diputuskan oleh Kabinet hari ini.

Sebaliknya, peguam Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerajaan sendiri tidak mempunyai keyakinan untuk memberi penjelasan dan membuatkan rakyat faham konsep yang mudah tentang dunia.

“Pemimpin-pemimpin jenis apakah kamu?” soal bekas menteri undang-undang itu menerusi ciapan di laman Twitternya.

Petang tadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan kerajaan menarik balik ratifikasi Statut Rom sambil mengaitkannya dengan gerakan mahu menjatuhkan kerajaan dan kepimpinan beliau menerusi Raja-Raja. – MalaysiaGazette