PRK RANTAU – Penularan poster provokasi ‘Jan Undi Keling’ atau bermaksud jangan mengundi keling dalam bahasa Minang dikesali oleh Dr. S. Streram.
Calon Pakatan Harapan (PH) PRK DUN Rantau berkata, pihaknya akan membuat laporan polis mengenai perkara itu walaupun poster berkenaan sudah dibuang hari ini.
Ini kerana poster itu ada tertera gambarnya dan sebelum ini digantung sekitar kawasan perhentian bas Kampung Pasir dan perhentian bas kampung Pasir Airport sebelum telah dicabut dari penglihatan awam.
Streram menyatakan kesal atas tindakan provokasi yang cuba dicetuskan sengaja oleh pihak tertentu semasa kempen yang masuk hari ketujuh hari ini.
“Saya hanya menyedari pasal banting provokasi itu selepas melihat telefon bimbit yang merupakan satu provokasi..
“Saya tak tahu siapa yang buat dan hendak mengingatkan pelaku bahawa kita mesti kita mesti bekerja dengan semangat persahabatan, lawan secara sihat dan menjaga keharmonian,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika temui hari ini.
Malah Streram juga menyatakan kebimbangan dan ketakutan selain mula risau tentang keselamatan nyawanya.
“Saya tidak akan fokus provokasi ini dan wakil calon saya akan membuat laporan polis. Ini satu cara yang tidak baik dan tidak adil,” katanya.
Justeru katanya, beliau sudah menasihati semua pihak harus berkempen secara berhemah tanpa sebarang provokasi namun ia tetap berlaku.
“Saya dah nasihat beberapa kali jangan provokasi semasa berkempen dan perlu berhemah tetapi setiap hari menerima provokasi.
“Kita tidak buat apa apa tentang ini mungkin mereka cuba hendak mengalih perhatian saya tetapi saya tidak buat apa apa tentang ini,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: