PRK RANTAU – UMNO sudah lama mengalami sakit akibat penyakit ‘politik’ dan perlu diberi suntikan untuk menidurkannya selama-lamanya.
Itu analogi Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran meminta pengundi di Rantau supaya kali ini memilih calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram bukan kepada untuk UMNO kembali.
Menurut beliau, suntikan itu sangat diperlukan untuk memastikan UMNO tidak terus membawa penyakitnya kepada negara.
Ia sangat mustahak untuk PRK kali ini untuk terus menolak UMNO dan Tok Mad dari landskap politik selama lamanya, katanya.
“PRK kali ini banyak mustahak, PH di sini ada satu doktor pakar, kenapa kita hantar Dr. Streram sebagai calon di sini? Sebab UMNO sudah banyak sakit dan kita beri dua suntikan supaya memastikan dia ‘dilenyapkan’ dari politik.
“Negara pun banyak banyak sudah sakit bukan kerana tidak banyak wang tapi sudah menjadi ‘roti kaya’ disebabkan UMNO iaitu parti (Datuk Seri) Mohamad Hasan.
“Pasal apa, pasal UMNO sudah belasah semua wang, ini semua Tok Mad punya parti, Tok Mad punya orang UMNO, ini semua terlibat, kita tidak boleh cakap mereka tak terlibat,” katanya di Ceramah Umum Pakatan Harapan di KUala Sawah, Rantau malam tadi.
Turut hadir ialah Streram, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Naib Presiden PKR, Dr. Lee Boon Chai dihadapan lebih 250 penduduk tempatan.
Kula juga mempersoalkan sepanjang 14 tahun menjadi Menteri Besar (MB) Mohamad yang juga calon Barisan Nasional bagi PRK yanng sama tidak melakukan apa apa pembangunan untuk golongan belia khususnya Rantau dalam aspek peluang pekerjaan.
“Dia kata menjadi MB dan ADUN Rantau tiga penggal tapi adakah dia wujudkan peluang pekerjaaan untuk anak belia di sini?
“Dua minggu lalu saya turun membuat sesi bersama masyarakat di Pasar Rantau semasa lawatan kerja, ramai orang mari dan kata dia punya anak semua kerja jauh-jauh tetapi yang sama boleh dibuat di Rantau tapi dulu punya MB tak ingat macam itu,” katanya lagi.-MalaysiaGazette