Home Nasional Perdana menteri mana yang bagus, biarlah rakyat tentukan

Perdana menteri mana yang bagus, biarlah rakyat tentukan

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien melawat salah seorang penduduk, P. Ramu (dua kanan) yang menghidap sakit tua ketika sesi melawat rumah ke rumah bagi membantu calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Taman Sri Ramai Kuala Sawah, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 07 APRL 2019.

SEREMBAN – Rakyat yang berhak dalam menentukan perdana menteri mana yang bagus dalam mengendalikan pentadbiran negara.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walau apapun pandangan Dr Mahathir tetapi akhirnya ia ditentukan oleh rakyat.

“Itu pandangan Tun Dr Mahathir, tapi akhirnya yang menentukan adalah rakyat. Yang penting sekarang bukan siapa yang bagus, tapi faktanya adalah dia perdana menteri kita.

“Jadi biarlah dia jalankan tugas sebagai perdana menteri dan memimpin negara kita sehingga rakyat menentukan perdana menteri yang baharu.

“Selagi perkara itu tidak ditentukan, dia masih perdana menteri dan harus menjalankan tugas sebagai perdana menteri,” katanya lagi.” katanya kepada media selepas mengadakan siri lawatan rumah ke rumah di Taman Sri Rampai, dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Sawah, Rantau

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin terbaik berbanding Datuk Seri Najib Razak untuk memimpin negara.

Anwar pernah menjadi timbalan kepada Dr Mahathir dari 1993 sehingga 1998 sebelum dipecat daripada jawatannya pada tahun sama.

Dr Mahathir berkata, beliau lebih mudah menerima Anwar untuk menggantikan “orang seperti Najib” daripada membenarkan bekas perdana menteri itu terus mentadbir negara.

Atas sebab itu, Dr Mahathir memilih untuk bekerjasama dengan Anwar walaupun mereka tidak sehaluan pada masa lalu. – MalaysiaGazette