Home Nasional 10 maut kemalangan bas pekerja di Sepang

10 maut kemalangan bas pekerja di Sepang

Keadaan di lokasi kemalangan yang mengakibatkan 10 maut apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam longkang.

KUALA LUMPUR – Sepuluh termasuk dua wanita maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas pekerja di di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MASKargo, Sepang malam tadi.

Lapan daripada mangsa yang terdiri daripada pekerja asing serta seorang pemandu bas warga tempatan meninggal di dunia di lokasi kejadian apabila bas yang mereka naiki menjunam ke dalam longkang.

Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

bas1
Bas pekerja yang menjunam ke dalam longkang di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MASKargo, Sepang

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah, siasatan awal mendapati bas yang membawa 43 pekerja kontrak MASKargo itu dari Nilai, Negeri Sembilan ke Sepang untuk bekerja bagi syif 12 tengah malam.

Katanya, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum menjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Operasi menyelamat mangsa turut dibantu pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan Malaysia dan polis bantuan MASKargo. – MalaysiaGazette