RIYADH – Menteri Tenaga Arab Saudi berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada wujud konsensus dalam kalangan OPEC dan sekutunya untuk meneruskan pengurangan bekalan minyak.
Ia akan diputuskan oleh Jawatankuasa Menteri OPEC dan bukan OPEC (JMMC) pada mesyuarat OPEC pada bulan depan
Arab Saudi dan Rusia yang terlibat dalam perjanjian pengurangan bekalan minyak tahun lalu termasuk Iraq, Emiriah Arab Bersatu, Nigeria dan Kazakhstan.
“JMMC akan menjadi kunci kepada keputusan kerana kita tentunya sudah tahu pandangan konsensus dan lebih penting lagi, sebelum kita bertanya mengenai konsensus, kita akan tahu fundamental,” kata Khalid al-Falih.
Ujarnya, inventori minyak masih kekal tinggi berbanding purata tetapi pasaran minyak ke arah keseimbangan.
“Saya tidak rasa kita perlu melakukan (lebih lagi)…pasaran minyak sudah ke arah keseimbangan. Kita telah melakukannya lebih daripada orang lain.
“Kita berada pada peringkat di mana inventori mula stabil dan turun tetapi masih signifikan tinggi yang saya pertimbangan ia sepatutnya berada pada paras normal,” tambahnya.
Rusia yang mengurangkan bekalan minyak seiring dengan OPEC, juga berkata, pengurangan pengeluaran sekurang-kurangnya hingga Jun ini apabila tindakan Washington untuk mengurangkan minyak Iran dan Venezuela semakin jelas.
Amerika Syarikat telah meningkatkan eksport minyaknya, manakala Presiden Donald Trump telah memberi tekanan kepada kepada OPEC untuk menurunkan harga minyak dengan meningkatkan pengeluaran. – MalaysiaGazette