Home Dunia Dua penyerang pos pemeriksaan sempadan Arab Saudi ditembak mati

Dua penyerang pos pemeriksaan sempadan Arab Saudi ditembak mati

QATIF, Arab Saudi – Dua lelaki ditembak mati manakala dua lagi ditahan berikutan serangan yang dilakukan ke atas pos pemeriksaan sempadan di Arab Saidi semalam.

Laporan media tempatan mendakwa sekumpulan lelaki itu merancang untuk mengebom pos pemeriksaan di Abu Hadriyah di wilayah timur Arab Saudi, menghubungkan negara itu dengan Bahrain dan Kuwait, dalam usaha melarikan diri.

Dua lelaki yang terbunuh dalam serangan itu ketika mereka melemparkan bom ke arah anggota tentera dan dua lagi ditahan manakala dua anggota keselamatan mengalami kecederaan, lapor akhbar, Al-Arabiya.

Riyadh mendakwa tiga lelaki terbabit merupakan individu ‘paling dikehendaki’ dan mereka dari Qatif, kawasan majoriti Syiah yang mana serangan militan ke atas anggota tentera dan polis kerap kali berlaku.

Pada 2016, Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas ulamak Syiah, Nimr al-Nimr yang mencetuskan kemarahan di wilayah timur negara itu dan Iran.

Kepungan yang dilakukan di Al-Amawiyah setahun selepas itu menyaksikan kemusnahan besar di bandar yang terletak di timur negara itu. – Agensi