Home Dunia Mahkamah kekal hukuman wanita hina azan

Mahkamah kekal hukuman wanita hina azan

Meliana. foto Agensi

JAKARTA – Mahkamah Agung Indonesia mengekalkan hukuman penjara ke atas seorang ibu empat anak yang didapati menghina agama selepas mengadu masjid berhampiran kediamannya bising.

Pada 27 Mac lalu, mahkamah telah menolak rayuan Meliana, 44, seorang etnik Cina, beragama Buddist.

Indonesia mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia.

Peguam Meliana berkata, wanita itu telah membuat kenyataan dalam satu perbualan peribadi pada tahun 2016 tentang bunyi kuat azan dari alat pembesar suara di masjid.

Kenyataan itu bagaimanapun telah diputar belitkan kononnya Meliana menolak suara azan dan ia menjadi isu dalam komuniti dan sosial media.

Meliana telah dihukum 18 bulan penjara di Medan.

Jawatankuasa Nahdlatul Ulama (NU), organisasi Muslim terbesar di Indonesia berkata, kenyataan Meliana bukan menghina agama. – MalaysiaGazette