Home Ekonomi Misi dagangan ke AS jana pelaburan RM6.6b

Misi dagangan ke AS jana pelaburan RM6.6b

Jumlah perdagangan Malaysia pada April 2018 meningkat 11.7 peratus tahun ke tahun kepada RM155.42 bilion berbanding penurunan sebanyak 3.5 peratus pada Mac, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Misi perdagangan ke Amerika Syarikat (AS) oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berpeluang menjana pelaburan berjumlah RM6.6 bilion.

Pelaburan-pelaburan itu membabitkan sektor elektrik dan elektronik serta industri kimia.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepanjang misi pada 1 hingga 6 April itu Malaysia telah mengadakan pelbagai perbincangan dua hala dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan perdagangan dan hubungan ekonomi antara dua negara.

Misi itu meliputi Washington, New York, Seattle dan San Jose.

Malaysia juga mengadakan mesyuarat dengan pelabur berpotensi Amerika Syarikat dalan sektor pembuatan dan perkhidmatan termasuk kimia, elektrik dan elektronik dan aeroangsa.

Dalam sektor perkhidmatan pula melibatkan pelancongan, perkhidmatan sokongan bagi perniagaan penerbangan dan pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan kewangan.

Perwakilan negara juga berbincangan secara spesifik dengan potensi pelaburan di pusat-pusat data.

Microsoft Corporation dan MIMOS bersetuju untuk mewujudkan Industri Masa Depan bagi Kecergasan Buatan (AI) di Malaysia. – MalaysiaGazette