Home Nasional Saya serah kepada undang-undang.- Mat Sabu

Saya serah kepada undang-undang.- Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka 'berlakon sakit'.
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu enggan memberi komen berhubung kes anak menteri yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Sebaliknya beliau menyerahkan kepada pengamal undang-undang negara ini yang bertanggungjawab ke atas pendakwaan itu.

“Saya serahkan kepada pengamal undang-undang.

“Tiada komen. Tidak komen apa-apa,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Hari ini, Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis pada 4 April lalu memaklumkan laporan patologi telah diterima oleh pihak polis dan kertas siasatan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Soalan itu ditanya oleh Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mempersoalkan kenapa ujian air kencing anak menteri Pakatan Harapan (PH) mengambil masa yang lama. – MalaysiaGazette