Mohamad Sabu mengakui sepanjang beliau bersama Pas selama 38 tahun, tidak pernah berkempen untuk calon bukan Islam pada sesuatu pilihan Raya umum ataupun Pilihan Raya Kecil (PRK).
Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu berkata, ia berlaku disebabkan pada masa itu Parti pembangkang berasaskan Islam itu tidak pernah berkawan dengan parti lain.
“Saya dulunya 38 tahun dalam Pas tak pernah berkempen untuk calon bukan Islam sebab kami masa itu tak berkawan dengan parti lain.