KUALA LUMPUR – “Titah untuk tukar Menteri Besar dah lama. Tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan mileage, kononnya dia arahkan.
“Ke bawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup-cukuplah politicking.”
Itu ciapan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini.
Baginda juga berharap MB yang baharu itu bukan yes man Outrajaya sahaja.
Menurut TMJ, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Johor mesti diutamakan.
Kenyataan TMJ itu seakan-akan menjawab teka-teki Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang dikatakan akan digantikan dengan orang baharu sejak kebelakangan ini.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: