RANTAU – Kali ketiga turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata beliau adalah individu yang pertama tahu mengenai niat Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ujar, beliau mendapat maklumat bahawa pihak lawan Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan beberapa isu untuk ‘membunuh’ karektor dan bidang politik Timbalan Presiden UMNO itu semasa PRK Rantau.