TERKINI : Jadilah Awet Muda Seperti Saya – Teresa Kok

Jika anda inginkan kesihatan yang lebih baik serta kecantikan asli antaranya ‘awet muda’, minyak sawit merah mampu membantu anda, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Malah kata Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, seandainya mahu sentiasa kekal awet muda, pengambilan minyak sawit merah yang kaya dengan mikronutrien yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A) juga vitamin D, E dan K dalam membantu mencapai matlamat itu.