RANTAU – Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dirinya secara peribadi tidak meminati rumah berkonsepkan Minangkabau.
Beliau berkata dirinya bukan berketurunan Minang dan konsep itu agak menyimpang daripada susur galur beliau.
Calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram pada Isnin membangkitkan isu calon BN itu memiliki rumah banglo di Seremban 2, Negeri Sembilan yang memiliki rekaan seni bina rumah Minangkabau.