Home Dunia Assange akhirnya kena tangkap

Assange akhirnya kena tangkap

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang kelihatan letih ditahan polis di Kedutaan Ecuador pada Khamis. Sumber foto: Sky News

LONDON- Pengasas Wikileaks, Julian Assange ditahan di Kedutaan Ecuador hari ini.

Sebelum itu, beliau menjadi pelarian di kedutaan itu sejak tujuh tahun lalu bagi mengelak daripada diekstradisi ke Sweden atas kes gangguan seks.

Menurut polis, Assange ditahan kerana gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Menurut Presiden Ecuador, Lenin Moreno berkata, pembatalan suaka dibuat selepas Assange didakwa berulang kali melanggar konvensyen antarabangsa.

Bagaimanapun, Wikileaks pula mendakwa Ecuador bertindak di luar undang-undang kerana membatalkan suaka Assange.

Sebelum itu, Assange, 47, enggan meninggalkan kedutaan itu kerana bimbang akan diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi disiasat ekoran pendedahan Wikileaks sebelum ini.

Scotland Yard pula memberitahu, pihaknya dijemput ke kedutaan oleh duta selepas suaka politik Assange dibatalkan.

Assange akan ditahan di bala polis London sebelum diarahkan hadir ke Mahkamah Majistret Westminster secepat mungkin.- MalaysiaGazette