Home Nasional Kerta putih Felda: Alang-alang zalim, zalimlah sekali – Bung Mokhtar

Kerta putih Felda: Alang-alang zalim, zalimlah sekali – Bung Mokhtar

Bung Moktar Radin
Bung Mokhtar Radin

KUALA LUMPUR – Blok pembangkang yang yakin tidak ada faedah seandainya mereka cuba membela tindakan Ahli Parlimen Pekan (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa membocorkan kertas putih Felda berstatus ‘embargo.

Sebaliknya, mereka pasti kerajaan Pakatan Harapan (PH) berniat untuk ‘menghukum’ bekas Perdana Menteri itu dan tidak ada untungnya untuk cuba menyakinkan beliau tidak bersalah.

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, wakil rakyat PH ‘bermati-matian’ cuba menuding jari terhadap Najib, sekaligus mengenakan tindakan terhadapnya.

Kata Bung Mokhtar, daripada berhujah, membuang masa berjam-jam menegakkan benang basah seolah-olah mereka mahu bersikap adil terhadap Najib, adalah lebih baik bersikap zalim sahaja secara terang-terangan.

“Kita sudah dengar ulasan dua belah pihak, kerajaan ini ada majoriti. Tidak perlu cakap banyak, guna sahaja usul pertama gantung Najib selama 3 bulan.

“Alang-alang mahu zalim, zalimlah sekali. Kami di sini terima sahajalah. Ini mahu rujuk ke jawatankuasa lah, dari tukar-tukar. Alang-alang ada niat tidak baik, teruskan sahaja, terima kasih,” katanya.

Cadangan Bung Mokhtar juga disambut baik pembangkang yang yakin keadilan tidak akan sesekali akan dapat dicapai memandangkan suara serta majoriti dan kuasa milik wakil rakyat PH.

Kata Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, cukup jelas terang lagi bersuluh wakil rakyat PH cuba memalitkan kebocoran itu dengan peraturan mesyuarat sedia ada.

“Jika portal rasmi Parlimen sudah muat naik, ada media seperti Bloomberg sudah siar artikel berkaitan Felda dan kandungan kertas putih itu, bermakna bukan embargo lagi. Ianya sudah di siarkan pada 9 April manakala ianya hanya dibentangkan pada 10 April pagi.

“Mereka sudah menjatuhkan hukuman pada Yang Berhormat Pekan. Kita tidak ada apa lagi hendak dikatakan. Mereka sebenarnya sudah buat keputusan. Kita tengok apa mereka akan buat,” katanya. –MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kebenaran bukan bergantung pada majoriti lah .. ph bukan macam umno . kalau zaman umno buat salah bahas diparlimen ramai kata betul maka ia menjadi betul . kalau babi yang haram tu pun kalau ramai kata halal maka ia menjadi halal. begitulah cara umno

Comments are closed.