Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berhasrat untuk kembali dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor sejak Isnin lalu.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagaimanapun berkata, beliau sedia membantu dan berkongsi pengalamannya dengan mana-mana Menteri Besar Johor baharu bagi memastikan pentadbiran negeri itu berjalan lancar dan maju.