Home Ekonomi Bursa ditutup tinggi

Bursa ditutup tinggi

Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

Tarikh kemaskini: 12/04/2019
KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi hari ini selepas penurunan tiga hari berturut-turut, mendapat rangsangan daripada kenaikan dalam saham wajaran tinggi seperti Tenaga, Axiata dan Malaysia Airports.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.94 mata kepada 1,630.17 daripada 1,624.23 paras penutup Khamis.

Indeks itu dibuka 0.3 mata lebih tinggi kepada 1,624.53 dan turun naik antara paras 1,623.44 sepanjang hari dagangan dan mencatatkan paras tertinggi harian pada 1,631.09.

Suasana pasaran bercampur-campur dengan 399 kaunter untung dan 411 kaunter rugi manakala 439 kaunter tidak berubah, 630 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.26 bilion unit bernilai RM2.08 bilion daripada 3.58 bilion unit bernilai RM2.27 bilion.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata FBM KLCI berjaya pulih hampir separuh daripada penurunan semalam.

“Pasaran sebenarnya agak bercampur-campur kerana kita mempunyai lebih banyak saham turun tetapi saham aktif kebanyakannya berkait dengan dua sektor – pembinaan dan minyak dan gas yang kebanyakannya merupakan kaunter untung.

“Bagaimanapun, indeks pembinaan susut walaupun berita bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan disambung semula pada kos lebih rendah RM44 bilion,” katanya.

Sementara itu, pasaran serantau Asia juga mencatatkan prestasi bercampur-campur selepas data perdagangan China menunjukkan import turun lebih banyak daripada yang dijangkakan, membayangkan pertumbuhan perlahan di dalam negara meskipun lantunan semula data eksport pada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan.

Dilaporkan bahawa import dalam nilai dolar China turun 7.6 peratus pada Mac daripada setahun lalu, manakala eksport dalam nilai dolar meningkat 14.2 peratus dengan para pelabur kini mencari hala tuju baharu daripada data baharu pada minggu depan.

China dijangka mengeluarkan angka keluaran dalam negara kasarnya pada 17 April.

Di pasaran tempatan, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Tenaga meningkat 22 sen atau 1.8 peratus kepada RM12.28, selepas turun empat peratus pada Khamis.

Axiata naik enam sen kepada RM4.15, IHH Healthcare menokok lima sen kepada RM5.60 dan Malaysia Airports menambah 21 sen kepada RM6.82.

Maybank meningkat satu sen kepada RM9.27 dan Public Bank turun dua sen kepada RM22.60.

Menerajui senarai kaunter cergas, Sapura Energy meningkat satu sen kepada 34.5 sen selepas memperoleh lima kontrak kejuruteraan, pembinaan dan penggerudian bernilai RM1.3 bilion.

Bina Puri naik tiga sen kepada 21.5 sen dan Econpile Holdings meningkat 3.5 sen kepada 61.5 sen, mendapat manfaat daripada pengumuman projek ECRL akan disambung semula.

Bumi Armada tidak berubah pada 20 sen.

Indeks FBM Emas naik 28.06 mata kepada 11,561.46, FBMT 100 meningkat 27.85 mata kepada 11,385.97 bagaimanapun FBM 70 berkurangan 19.53 mata kepada 14,478.49.

Sementara itu, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 35.08 mata kepada 11,762.39 dan Indeks FBM Ace naik 35.39 mata kepada 4,749.40.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 7.8 mata kepada 16,822.07, Indeks Perladangan menambah 36.22 mata kepada 7,269.34, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.99 mata kepada 168.13,

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.37 bilion bernilai RM1.89 bilion daripada 2.80 bilion saham bernilai RM2.10 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran turun kepada 401.6 juta unit bernilai RM93.2 juta daripada 469.5 juta unit bernilai RM102.3 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 491.4 juta saham bernilai RM89.7 juta daripada 302.3 juta saham bernilai RM70.1 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 324 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (223.1 juta), pembinaan (541.3 juta), teknologi (70.9 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (32 juta), hartanah (240.1 juta), perladangan (18.3 juta), REITs (8.0 juta), dana tertutup (6,600), tenaga (757.3 juta), penjagaan kesihatan (19.1 juta), telekomunikasi dan media (52.8 juta), pengangkutan dan logistik (42.7 juta) dan utiliti (40.6 juta). – MalaysiaGazette

+ posts