MADRID – Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol telah menggantung penyerang Atletico Madrid, Diego Costa daripada beraksi lapan perlawanan La Liga.
Hukuman itu dikenakan kerana perbuatannya mencaci pengadil semasa dia dilayangkan kad merah ketika Atletico tewas 0-2 kepada Barcelona, pada Ahad lalu.
Laporan perlawanan menyatakan pemain berusia 30 tahun itu turut menengking pengadil Jesus Gil Manzano pada minit ke-28.
Penggantungan itu menamatkan kempen Costa musim ini lebih awal memandangkan hanya tujuh lagi perlawanan yang perlu diharungi.
Sementara itu, Atletico turut didenda 2,800 euro (RM13,000) manakala Costa kira-kira 6,010 euro. – MalaysiaGazette