Home Ekonomi ECRL: Teresa harap China beli lebih banyak komoditi Malaysia

ECRL: Teresa harap China beli lebih banyak komoditi Malaysia

MGF04032019_MALAYSIA-CHINA-PALM-OIL_09-640x427
Teresa Kok

KUALA LUMPUR- Kontraktor utama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) diharap dapat mengutamakan kandungan tempatan semasa menyiapkan projek berkenaan.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, banyak bahan mentah yang dibuat daripada getah keluaran Malaysia boleh digunakan dalam pembinaan landasan rel berkenaan antaranya galas seismik manakala balak pula sesuai digunakan sebagai papan landasan.

Tambahnya, dengan perkembangan terbaharu itu, China diharapkan dapat membeli lebih banyak komoditi Malaysia terutama minyak sawit dan getah.

“China selalu menjadi rakan kongsi penting buat Malaysia. Ia juga merupakan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia.

“Kami mengharapkan hubungan dua hala ini akan dapat diperkukuhkan menerusi perjanjian yang telah dimeterai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siang tadi, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. dan CCCC telah memeterai perjanjian tambahan di Beijing, China sekaligus menandakan projek ECRL akan diteruskan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

ECRL diteruskan, kos turun kepada RM44 bilion

Penjimatan RM21.5b boleh bina dua KLCC

8b6c22538ff49ae416d3e5fcc79aaf58?s=150&d=mp&r=g
+ posts