Home Ekonomi KLCI melonjak dipacu TNB

KLCI melonjak dipacu TNB

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak semula ke dalam wilayah positif dalam dagangan awal hari ini, diterajui kenaikan dalam Tenaga Nasional, yang meningkat 1.7 peratus kepada RM12.26 selepas kehilangan empat peratus pada penutup semalam.

Indeks itu, yang dibuka 0.3 mata lebih tinggi pada 1,624.53, menokok 1,625.40 pada 9.15 pagi.

Di pasaran meluas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 172 berbanding 105 dengan 212 kaunter kekal tidak berubah, manakala 1,390 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Perolehan berjumlah 215 juta saham bernilai RM96.1 juta. – BERNAMA

 

+ posts