KUALA LUMPUR – “Hujah seperti ini betul-betul tak cerdik dan tidak matang.
“Kenapa kita ada undang-undang trafik – jika kita masih ada kemalangan? Dengan logik anda, biar kita buang peraturan trafik.
“Pergi baca sejarah sikit dan lihat bagaimana masyarakat antarabangsa membuang apartheid,” kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya.
Dalam ciapan twitternya, beliau mengkritik kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menentang usaha Malaysia meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Sebelum itu, TMJ dalam media sosialnya pada 6 April lalu mempertikaikan kenapa Malaysia memerlukan perjanjian antarabangsa dalam masa kekejaman masih berterusan terhadap rakyat Palestin.
Kenyataan TMJ itu sehari selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom.
Selain Latheefa, Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga ada mengkritik TMJ dalam isu yang sama.-MalaysiaGazette