KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan ke atas yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.
Pihak berkenaan sangat tidak bertanggungjawab telah memuat naik imej yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook semalam, kata MCMC.
Siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima MCMC daripada orang ramai supaya tindakan segera diambil terhadap pihak berkenaan.
“MCMC juga telah dimaklumkan bahawa pihak PDRM juga sedang menjalankan siasatan.
“Penyelarasan siasatan dan perkongsian maklumat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Artikel berkaitan:Hina Agong, polis diminta bertindak ke atas pemilik FB Sabah-Sarawak Merdeka
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat untuk mengganggu orang lain.
Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette