Home Seni Hidup Sajian Nusantara di The Pearl Kuala Lumpur

Sajian Nusantara di The Pearl Kuala Lumpur

Hotel The Pearl Kuala Lumpur memilih tema Sajian Nusantara sepanjang Ramadan ini.

KUALA LUMPUR – Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi dan The Pearl Kuala Lumpur menjemput semua rakyat Malaysia datang berbuka puasa di Garden Terrace and Café 5 bermula 10 Mei hingga 2 Jun depan.

Bertemakan Sajian Nusantara, hotel bertaraf empat bintang itu menawarkan kepelbagaian menu istimewa menerusi lebih 100 juadah dan hidangan menarik.

600f96e8-5ad2-474b-9155-658f72212433
Lebih 100 menu disediakan pada bufet Ramadan.

Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Nora Ismail berkata, buat pertama kalinya pihak hotel membawa kumpulan Ghazal sebagai hiburan dan pelengkap kepada hidangan konsep kemelayuan baharu.

Apatah lagi katanya, ia bersesuaian dengan persekitaran menarik yang berdekatan kolam renang dan kawasan taman di hotel itu.

148adb35-ce3f-41d0-b346-19436024f858
Menu kek yang menggamit selera.

“Untuk menu iftar tahun ini, kami menyediakan pelbagai pilihan makanan khususnya sajian tradisional dengan lebih 100 menu kepada tetamu.

“Bufet Ramadan ini menyediakan pelbagai gerai makanan menarik termasuk kambing panggang, gulai kawah kambing dan daging, briyani dan mandi, menu kerabu, makanan laut shell out selain stesen daging citarasa barat serta mee,” katanya.

70ae03f3-8f92-4d5c-8c3d-faaf54bc5dda
Makanan laut shell out menjadi tarikan sepanjang Ramadan ini di The Pearl Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis previu bufet Ramadan di The Pearl Kuala Lumpur, Jalan Klang Lama di sini baru-baru ini.

The Pearl Kuala Lumpur menyediakan promosi bufet Ramadan bermula 10 Mei hingga 2 Jun ini pada harga bermula RM72 bagi dewasa dan RM35 harga kanak-kanak.

5fbf8d69-4596-4d48-9bd1-35866bdcc34d
Kuih muih tradisional sebagai pemanis mulut.

Orang ramai boleh membuat tempahan bufet Ramadan menerusi aplikasi Whatsapp ke talian 016-331 9375 atau 03-7983 1111 sambungan 3205.

Sementara itu, The Pearl Kuala Lumpur merupakan hotel ikonik kelas perniagaan bertaraf empat bintang yang terletak di Jalan Klang Lama dan menawarkan sebanyak 555 bilik penginapan tetamu dengan dilengkapi perabot berkonsepkan moden serta kontemporari. – MalaysiaGazette

0f2a52cb-ba77-4fc5-88d4-e4278c673b50
Bufet Ramadan akan bermula 10 Mei hingga 2 Jun depan.