Home Dunia Warga China marah lelaki didakwa curi ibu jari Terracota dibebaskan

Warga China marah lelaki didakwa curi ibu jari Terracota dibebaskan

Ibu jari salah satu Terrocata yang hilang ketika ia dipamerkan di Institut Franklin pada tahun 2017. foto Agensi

BEIJING – Pengguna media sosial China menyuarakan kemarahan setelah  seorang warga Amerika yang didakwa mencuri ibu jari daripada salah satu Terracotta dibebaskan.

Michael Rohana, 24, mengaku mengambil ibu jari daripada satu patung berkenaan di Pennsylvania pada Disember 2017.

Ia berlaku semasa pameran di muzium Institut Franklin

Peguamnya berpendapat Rohana telah menghadapi pertuduhan yang salah di bawah undang-undang yang lazim digunakan untuk kecurian di muzium.

Dia menegaskan perbuatan itu adalah “vandalisme”.

Perbicaraan berakhir pada hari Selasa lalu dengan perpecahan 7-5 juri yang memihak kepada pembebasan tertuduh.

Tentera Terracotta – ditemui pada tahun 1970-an oleh sekumpulan petani China – adalah salah satu penemuan arkeologi yang paling penting di China.

Patung berusia 2,000 tahun itu telah kehilangan ibu jarinya bernilai kira-kira AS$ 4.5 juta (£ 3.2 juta) dan merupakan salah satu daripada 10 yang dipinjam semasa pameran pada September 2017- hingga Mac 2018.

Pada Disember 2017, Rohana telah menyertai Parti Ugly Sweater di Institut Franlin dan kemudian memasuki ke pameran Pahlawan Terracota, yang ketika itu sudah pun ditutup.

Rakaman pengawasan mengesannya “melompat-lompat” pada patung-patung dan berselfie, sebelum memecahkan sesuatu dan meninggalkan kawasan pameran.

Kakitangan muzium kemudian menyedari ibu jari yang hilang pada bulan Januari dan menghubungi Biro Penyiasat Persekutuan.

Sisatan kemudian mengesan ibu jari Rohana, yang mengakui bahawa dia telah menyimpan ibu jari di dalam laci meja.

Rohana dituduh dengan dua pertuduhan iaitu mencuri dan menyembunyikan barang warisan.

Semasa perbicaraan lima hari di Mahkamah Persekutuan di Phildadepphia yang berakhir 9 April lalu, dia mengaku telah melakukan kesalahan.

Peguamnya berpendapat bahawa tuduhan yang dikenakan terhadapnya terlalu berat, dengan peguam Catherine Henry memberitahu mahkamah: “Tuduhan ini dibuat untuk pencuri seni” sedangkan Rohana tidak berpakaian ninja untuk menyelinap masuk dan hanya memakai pakaian kanak-kanak.

Para juri tidak mencapai kata sepakat dalam membuat keputusan dan pendakwa raya akan memutuskan 15 April ini sama ada ada perbicaraan semula. – MalaysiaGazette