Home Nasional Abang yakin Tok Mad kekal ADUN Rantau

Abang yakin Tok Mad kekal ADUN Rantau

Abang sulung Datuk Mohamad Hasan, Datuk Azman Hasan hadir bercakap kepada media selepas mengundi sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Rantau, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM, 13 APRIL 2019.

SEREMBAN –  Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menerima sokongan padu daripada keluarganya apabila abang sulung beliau turut bersama-sama mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua.

Datuk Azman Hasan tiba jam 8.20 pagi dengan berkerusi roda ditemani seorang waris.

Menurut beliau, ini kali kelima belas beliau mengundi sejak 1959.

“Saya undi sebab adik saya masih bertanding, susah macam mana pun saya akan bangun dan datang mengundi.

“Saya sudah sedia untuk mengundi sejak subuh lagi.

“Saya datang nak beri sokongan kepada adik saya, kalau adik yang bertanding, takkan saya tak keluar mengundi.

“”Tok Mad ni mesti menang, jadi dia akan menang. Tidak mampu kalah demi perjuangan bangsa, agama dan tanahair,” katanya sebaik selesai mengundi di saluran satu di SJKT Chung Hua.

Dalam pada itu, Mohamad tiba di pusat pengundian SJKC Chung Hua jam 8.20 pagi ditemani Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin. -MalaysiaGazette