Home Nasional ECRL: Kelantan tetap terpinggir?

ECRL: Kelantan tetap terpinggir?

Keputusan kerajaan berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu mengambil kira kebajikan 7,000 pekerja di jajaran rel berkenaan di Terengganu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan, apabila berlaku pengecilan skala projek serta pengurangan skop kerja sudah semestinya menyebabkan kos pembinaan menurun berbanding perjanjian asal.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengurangan kos bagi projek Landasan Rel Pantai Timur telah memberi impak kepada Kelantan apabila lima stesen telah dikurangkan.

Ini bermakna 60 peratus stesen di Kelantan ‘hilang’ apabila tiada lagi stesen di Pengkalan Kubor, Wakaf Bharu dan
Jelawat.

Berbanding Terengganu, hanya satu stesen daripada jumlah keseluruhan tujuh stesen yang digugurkan atau lebih kurang 15 peratus manakala Pahang pula hanya stesen di Bentong yang digugurkan daripada lapan stesen.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan, Shahir Adnan mahu kerajaan memberikan penjelasan terperinci kerana keputusan ini dilihat
menganaktirikan rakyat Kelantan.

“Diharapkan kerajaan bertindak adil dalam membuat keputusan. Rakyat Kelantan adalah rakyat Malaysia juga,” tegasnya.

Artikel berkaitan:ECRL diteruskan, kos turun kepada RM44 bilion

Kelantan sambut baik ECRL diteruskan

Pahang gembira projek ECRL diteruskan

Beliau berkata, rakyat perlu mendapatkan maklumat yang tepat dan menggesa menteri terlibat berkata adil dan tidak mempolitikkan perkara ini.

Jelasnya, kos yang lebih rendah sebenarnya adalah kerana laluan asal diubah daripada merentasi banjaran Titiwangsa di Bentong-Gombak kepada laluan ke selatan ke arah Negeri Sembilan-Kajang.

Kos yang agak tinggi apabila laluan terowong dibina, katanya. – MalaysiaGazette