Home Ekonomi Feizal pengerusi baharu Exim Bank

Feizal pengerusi baharu Exim Bank

Feizal Mustapha

KUALA LUMPUR – Datuk Feizal Mustapha dilantik sebagai pengerusi baharu Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Exim Bank) berkuatkuasa 9 April lalu.

Beliau menggantikan Datuk Mat Noor Nawi yang telah bersara pada 30 September tahun lalu.

Exim Bank dalam satu kenyataan berkata, Feizal pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia selama 19 tahun dalam pelbagai kapasiti serta bidang tertentu dalam pasaran modal termasuk dalam pengawalseliaan dan pembangunan pasaran secara keseluruhan.

Beliau merupakan pemegangg Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Cardiff Business School, Cardiff University dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) daripada University of Stirling.

Selain itu, Feizal juga ahli felow CPA Australia dan anggota Institut Perakaunan Malaysia, Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia, penilai bertauliah dan pentaksir Institut Penilai dan Pentaksir, Singapura serta sebagai anggota Jawatankuasa Penyenaraian Bursa Malaysia.

Dengan memiliki pengalaman selama 25 tahun dalam pasaran modal negara, Feizal diharap meneruskan usaha bank itu ke tahap lebih tinggi. – MalaysiaGazette