Home Nasional Pengantin curi tumpuan mengundi pada hari bersanding

Pengantin curi tumpuan mengundi pada hari bersanding

Pengantin perempuan, Nur Liyana Mohamad Yazid sempat menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chuang Hua, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 13 APRIL 2019

SEREMBAN – Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini diserikan dengan kemunculan sepasang pengantin di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua.

Nurliyana Mohd Yazid, 30, yang lengkap dengan busana pengantin berwarna biru gelap  hadir tepat jam 11.30 pagi dari majlis bertanding di sebelah suaminya di sebuah dewan di Ampangan.

“Tarikh ni pihak keluarga lelaki yang mana pilih dulu, jadi kebetulan.

“Bila diumumkan Pilihan Raya Kecil pada 13 April pada kami tak bolehlah ubah dan terpaksalah diteruskan,” katanya setelah selesai mengundi di saluran 4.

Beliau ditemani suaminya, Mohd Adham Adnan, 36.

Bagaimanapun, Mohd Adham tidak mengundi kerana dia merupakan pengundi luar. -MalaysiaGazette