Home Nasional PRK Rantau: Hampir 70% sudah keluar mengundi

PRK Rantau: Hampir 70% sudah keluar mengundi

Beberapa pengundi menunggu giliran untuk membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2019.

SEREMBAN – Jumlah pengundi yang telah mengundi setakat jam 3 petang ini adalah sebanyak 69 peratus.

Angka itu menghampiri sasaran mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 70 peratus..

Memandangkan masih ada berbaki dua setengah jam, jumlah keluar mengundi dijangka melepasi sasaran SPR, malah melepasi PRK Semenyih pada 2 Mac lalu iaitu 73 peratus.

 

MGF13042019_HARI PENGUNDIAN RANTAU05
Beberapa pengundi menunggu giliran untuk membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2019.

PRK Dewan Undangan Negeri Rantau yang berlangsung hari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Seramai 20,804 pengundi layak mengundi hari ini bagi menentukan wakil rakyat pilihan mereka.

DUN Rantau terdiri daripada 55 peratus pengundi Melayu, 26 peratus India, dan 18 peratus Cina.

PRK itu diadakan selepas mahkamah membatalkan kemenangan Mohamad Hasan pada pilihan raya umum lalu.

Mohamad telah menyandang kerusi berkenaan selama tiga penggal sejak tahun 2004. -MalaysiaGazette